Wednesday, May 22, 2013

Salam Taj Mahal

Amacam title tahun ni (maklum lah update setahun sekali, blogger la sangat)? Ada ala-ala drama Melayu starring M Nasir ngan Umie Aida dulu tu tak?

Bukan apa akak baru balik lepas 2 bulan berkampung kat India sana nun... masuk keja 1st day this year boss dah kejutkan akak dgn offer for the course ni, mula2 tengok duration alamak 3 bulan (depa salah taip actually 8 weeks je), INDIA lak tu? Terkedu la 3, 4 jam hari tuh. Ishh awat la India, kawan2 aku sebelum ni Sweden la, Jepun la, India ada la tapi cam not so recommended je..

Naluri keibuan akak mula la tangkap sayu, serba salah nak kata yes ke no ni.. nasib baik bos Pn SAJ sporting, tak pe you balik pikir dulu.. petang OTW balik ofis baru broke the news to en suami, terus geleng2 kepala gitu (kalau kat India geleng means yes hi hi).. dah le tengah hot rape case yg dlm bas tu... berat jugak ni mmg kena istikharah bagai..

Ntah la pendek crita (selepas macam2 drama dgn histeria dsbnya oleh anak2).. akak pun dah selamat balik pun, now terkelip2 ngadap keja yg ditinggalkan 2 bulan, amek kau!

Mula2 sampai kat gate Taj Mahal akak mentioned kat sorang fellow trainee mamat Ghambia Muslim (selalu share bab2 agama dgn dia), a few months back who would ever know that we would be here, in front of Taj Mahal, except Allah the Almighty, which he totally agreed with a resounding yesss.

Frankly lepas dengar crita di belakang tabir (walaupun dah tau jugak sikit sebanyak) pasal Taj Mahal ni, personally akak tak rasa pulak it's really worth the number of years spent, the number of architects, designers and workers involved in building it, ntah lah of late hati akak ni kering sikit, maybe it's really a sign of old age, susah nak kagum sgt dgn benda2 duniawi ni...

Yg best jugak hari depa bawak pi visit Delhi city hari Jumaat tengahari hujan batu turun, 1st time akak experience hujan batu, ni betul2 hujan batu di negeri orang..

Apa2 pun, I do miss India despite whatever, especially some people that I met... they have really marked a special place in my heart...

Lepas ni kena qada macam2 dgn anak2 akak... sampai KLIA sebak tengok how they had grown after mere 2 months...

Anyways, kalau nak melancong tu boleh la jugak, tapi kena banyak bersabar esp kat jalan raya, shopping wise, makan2 pun not so bad, tak perlu terlampau risau macam yours truly hi hi...

The famous Taj Mahal of India

Qutb Minar kat tengah Delhi... nampak dak ayat2 Quran tu, dari jauh akak ingat ni tokong mana depa bawak melawat, rupanya Alhamdulillah peninggalan orang Islam, India once was ruled by Muslim moguls you..

Yamuna River belakang Taj, hangat giler mata tak leh bukak..


Dengan Nadiah teman seperjuangan di India... macam2 crita kita walaupun 2 bulan, kan Nadiah?



No comments:

Post a Comment